Home Article

Mengapa kayu gaharu bernilai jual tingg

Gaharu berasal dari bahasa Sanskrit yaitu dari asal kata “agaru” yang berarti kayu berat (tenggelam) yang menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandi bahan agarospirai, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu dan juga menghasilkan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu hampir semua bangsa dan agama. gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan dan di timur tengah, gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit kayu gaharu digunakan sebagi obat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu digunakan untuk terapi tesetelah persalinan, antibiotik, anti kangker, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad-abaad yang lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk dari batangnya digunakan untuk menghasilkan barang kecantikan, sabun, lilin, obat-obatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga digunakan untuk mengobati penyakit kulit seperti gatal dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan ketentraman badan. Ia juga dapat menyembuhkan luka bakar, menghalang pengeluaran keringat secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan daun kayu gaharu berkhasiat merawat kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu juga sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian /parfum, obat salap, losyen, barang hias,dan minyak urutan/ untuk memijat.